Berita

UMNO Putrajaya Bantu Kempen Calon BN PRK Sungai Kandis

SHAH ALAM – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang bakal diadakan pada 4 Ogos ini turut menyemarakkan UMNO Bahagian Putrajaya untuk turut serta turun padang bagi membantu kempen calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam.

Tempoh kempen selama 14 hari turut dimanfaatkan oleh jentera UMNO Putrajaya yang terdiri dari Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Selain daripada berkempen mengiringi calon BN, anggota jentera turut mengedarkan flyers kepada orang ramai di kawasan perumahan dengan mengadakan petemuan secara terus kepada pengundi dan menerangkan berkaitan isu-isu semasa.