Berita

Ziarah Prihatin Tak Pernah Henti Turun Padang

PUTRAJAYA – Pertukaran tampuk kerajaan pusat tidak pernah melunturkan semangat ahli-ahli UMNO khususnya dalam usaha turun padang bagi mendekati masyarakat pelbagai peringkat.

Sehubungan itu, Ziarah Prihatin Kebajikan Parlimen Putrajaya meneruskan usaha dengan menziarahi mereka yang dilanda keuzuran dan ditimpa kesusahan.

Hal ini telah dilaksanakan sendiri oleh Pengerui Biro Kebajikannya, merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya, Puan Husna Abd Rahaman bersama para AJKnya yang berkunjung ke rumah-rumah pesakit di Fasa 7, Presint 9.

Semoga dengan kunjungan yang dibuat akan dapat memberikan semangat serta sama berdoa agar mereka disembuhkan dari kesakitan dan dipermudahkan segala urusan.

Sebelum itu, telah diadakan Solat Maghrib berjemaah dan bacaan Yaasin serta tahlil bersama-sama di Surau Al Islah Fasa 7 Presint 9. – UMNOPutrajaya