BeritaRencana

Putrajaya Jadi Lokasi Rakyat Tuntut Keadilan Untuk Muhammad Adib

PUTRAJAYA – Dataran Putrajaya menjadi lokasi lebih 500 individu daripada beberapa NGO mengadakan Himpunan Suara Ummah #Justice4Adib yang kemudiannya berarak ke Pejabat Perdana Menteri.

Dengan diterajui Gerakan Pembela Ummah (Ummah), himpunan tersebut
menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendesak keadilan ditegakkan atas insiden yang menimpa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Antara kandungan memorandum tersebut ialah mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy meletak jawatan kerana gagal memainkan peranan sewajarnya dalam menjaga perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Di samping itu, Ummah juga menuntut polis menyiasat segera dan membawa pesalah yang menyebabkan kematian Muhammad Adib ke muka pengadilan.

Ekoran dari itu, tindakan tersebut akan disusuli dengan laporan polis di seluruh negara dan perhimpunan yang lebih besar akan dibuat selepas ini jika tiada usaha proaktif diambil oleh kerajaan. – UMNOPutrajaya