Khidmat Untuk Rakyat Tak Pernah Bernoktah
PUTRAJAYA – Kelibat dan tingkah Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih mesra dengan panggilan ‘ketua kampung’ sentiasa dirindui oleh masyarakat setempat.
Kesungguhan beliau selaku pemimpin masyarakat untuk melakukan khidmat bakti tidak pernah terhenti biarpun Barisan Nasional (BN) sudah tidak lagi menggalas tanggungjawab sebagai kerajaan Persekutuan. Usaha untuk mendekati rakyat, menyelami permasalahan masyarakat dan mendampingi lapisan warga Putrajaya dibuat tanpa henti walaupun adakalanya bukan beliau sendiri yang turun padang tetapi usaha sedemikian tetap diteruskan sama ada melalui wakil dalam pelbagai biro atau kepimpinan di peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian.
Selaku ‘ketua kampung’ beliau sentiasa melayani kunjungan masyarakat sebagaimana yang acapkali dilakukan sebelum ini khususnya bertemu di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya yang terletak di Presint 15, di sini.
Semoga usaha dan kesungguhan Datuk Seri Tengku Adnan akan dapat membantu meringankan beban dan permasalahan penduduk setempat. – UMNOPutrajaya