Berita

Semoga Allah SWT Permudahkan Khidmat Bakti UMNO Untuk Rakyat

PUTRAJAYA – Biarpun Barisan Nasional (BN) tidak menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 lalu yang jatuh akibat fitnah, persepsi, manipulasi dan provokasi oleh pihak tertentu namun ia tidak pernah melunturkan semangat perjuangan UMNO khususnya dalam membantu dan membela rakyat.

Lantaran itu, UMNO Bahagian Putrajaya yang diterajui oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Ahli Parlimen Putrajaya tetap meneruskan perjuangan parti sebagaimana tujuan penubuhannya demi agama, bangsa dan negara.

Bersandarkan hal tersebut, keprihatinan turun padang, menyusur akar umbi dan membantu mereka yang uzur diteruskan menerusi Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya yang pengerusikan oleh Puan Husna Abd Rahaman.

Bersama-sama para ahli jawatankuasanya, beliau mewakili Ahli Parlimen tempatan yang sinonim dengan panggilan ‘ketua kampung’ telah mengunjungi mereka yang sakit di Hospital Putrajaya selain berkunjung ke rumah mereka yang uzur di sekitar Presint 9, di sini.

Dalam masa yang sama, anggota Biro terbabit turut menziarahi mereka yang dilanda musibah iaitu En Dahlan Ramli ekoran kembalinya ke rahmatullah isteri beliau pada 12 Feb lalu. Al-Fatihah untuk Allahyarhamah isteri beliau dan semoga Allah SWT menempatkan rohnya bersama-sama orang-orang yang beriman.

Juga, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT terus merahmati kita semua dengan memberikan kesembuhan kepada mereka yang uzur dan memelihara negara kita agar kekal aman dan sejahtera. – UMNOPutrajaya