BeritaRencana

Putrajaya Dilanda Ribut

PUTRAJAYA – Beberapa kawasan di Putrajaya dilanda ribut kencang petang tadi sehingga menyebabkan pokok tumbang.

Sumber Utusan Online melaporkan Ketua Balai Bomba Putrajaya, Che Shaari Abdullah berkata, ribut dan hujan selama 30 minit itu menyebabkan pokok tumbang di Presint 9 dan Presint 11.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.10 petang dan jentera sampai di lokasi pada jam 6.16 petang dengan kekuatan 18 anggota.

“Selepas sampai di lokasi kejadian, kita dapati terdapat pokok tumbang yang menghalang laluan jalan utama di Presint 9 dan Presint 11.

“Kerja-kerja pembersihan oleh anggota bomba bermula pada pukul 6.17 petang dan operasi ditamatkan pada pukul 7.58 malam ini,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Gambar dan video kejadian ribut di Putrajaya itu turut dikongsi oleh kominiti setempat dalam laman Twitter dan juga Facebook ‘Komuniti Putrajaya’.

Menurut gambar yang dikongsi pengguna, terdapat juga pokok tumbang yang menghempap kenderaan.