Sejarah Bakal Tercipta… Pentadbiran PH Akan Perlihatkan SMK Di Tutup Di Putrajaya?
PUTRAJAYA – Apa sudah jadi dengan pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) apabila membuat keputusan yang sungguh dangkal khususnya berkaitan soal pendidikan dan keperluan kepada generasi muda.
Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Saudara Ahmad Faisal Abdul Karim membidas tindakan tersebut yang jika benar adalah sesuatu yang tidak logik.
“Harap Menteri Pendidikan melihat isu ini dengan lebih mendalam kerana ianya akan melibatkan 500 buah keluarga dan 500 pelajar yang akan terkesan terutamanya pelajar PT3 dan SPM kerana mereka terpaksa bertukar sekolah, bertukar guru, bertukar suasana tempat pembelajaran.
“Harap menteri dan Kementerian teliti betul-betul sebelum buat keputusan… banyak kesan sampingan dan kos akan terlibat,” gesa beliau.
Dikhabarkan, Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 11 (2) (SMK P11 (2)) hendak ditutup. Pelajar SMK P11(2) yang seramai 500 lebih akan dipindahkan ke sekolah lain di dalam Putrajaya. Presint 11, adalah sebuah kawasan perumahan paling besar di Putrajaya namun sekiranya benar SMK P11 (2) ditutup maka kawasan tersebut hanya akan mempunyai satu sahaja SMK iaitu SMK P11(1) untuk menampung keseluruhan Presint 11.
Kawasan sekitar SMK P11(2) menempatkan banyak perumahan apartment seperti PR1MA (560 unit), PPAM Malinjau (544 unit), PPAM Palma (236 unit), dan Putra Damai (1,019 unit) selain kawasan rumah teres.
“Logikkah dengan jumlah rumah dan apartment sebegitu banyak akan hanya ada sebuah SMK sahaja?” soalnya.
Dalam hal tersebut, seorang komuniti yang dikenali sebagai Wan Zarimi turut mengakui tentang penutupan sekolah tersebut.
“Anak saya pun terlibat ni.. naya sebab pelajar dari SMK P11 (2) akan d tempatkan di semua sekolah dalam Putrajaya… bukan ke SMK P11 (1) sahaja… khabarnya anak-anak ni akan di hantar ke SMK P5, tak masuk akal langsung… bukan dekat penduduk P11 nk hantar anak ke sekolah di P5 setiap pagi…,” keluhnya. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.