BeritaRencana

Perlukan Pembelaan… Pentadbiran PH Menyusahkan Rakyat

KUALA LUMPUR – Rakyat bersuara… perlukan pembelaan dengan mengharapkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai wakil bagi menyuarakan rasa tak puas hati mereka.

Sehubungan itu, mantan Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi harapan para peniaga di Kuala Lumpur yang memprotes dan tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan hari ini berkaitan pelaksanaan bazar Ramadan akan datang.

Tengku Adnan telah menerima referendum rakyat berkaitan Protes Bazar Ramadan 2019 dari Jawatankuasa Bertindak Bazar Ramadhan 2019 yang diketuai oleh Gulam Muszaffar di luar perkarangan Parlimen, hari ini.

Referendum tersebut mengesa Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid Samad mempertimbangkan semula dengan mengekalkan penganjuran Bazaar Ramadan kepada Persatuan dan NGO.

Biarpun hal tersebut telah dipersetujui namun kemudiannya tindakan u-turn telah dilakukan yang mana amat mengecewakan mereka.

Referendum tersebut bagi membantah peraturan baru Kementerian Wilayah Persekutuan yang mewajibkan permohonan tempat niaga di bazar Ramadan dibuat dalam talian.

Jawatankuasa tersebut mahu persatuan dan NGO diberi peranan menganjur seperti di tahun-tahun lepas. – UMNOPutrajaya