BeritaRencana

Jom Imarahkan Maidatul Rahman Putrajaya Di Surau Anda

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak warga tempatan termasuk pengunjung Putrajaya untuk mengimarahkan Maidatul Rahman dengan berbuka puasa beramai-ramai.

Katanya, hari ini kita mula menunaikan ibadah puasa dan alhamdulillah biarpun ada pelbagai kekangan program Nur Ramadhan dapat berlangsung lancar dengan 15 ribu bungkusan serunding daging berjaya diagihkan kepada penduduk Putrajaya.

“Begitu juga program Maidatul Rahman yang sememangnya jadi acara tahunan sepanjang bulan puasa di Putrajaya.

“Memang ada kekangan kerana tahun ini permintaan saya untuk mendapatkan tempat berbuka puasa beramai-ramai tidak mendapat kelulusan.

“Sebagai Ahli Parlimen Putrajaya saya sedih kerana amalan kebiasaan berbuka puasa bersama orang ramai di tempat yang selesa sambil bersedekah dan mengeratkan silaturrahim tidak diberi tempat.”

Namun begitu katanya, beliau tak patah semangat.

“Kita gunakan pendekatan yang berbeza kali ini. Kita membuat persiapan untuk memasak sendiri dalam Program Maidatul Rahman.

“Kali ini program berbuka puasa dibuat secara bergilir mengikut surau-surau di Putrajaya agar matlamat untuk beribadah, bersedekah, berbuka bersama-sama dan mengeratkan silaturrahim di kalangan kita semua terus jadi nyata.”

Jelasnya, juadah akan dihantar ke surau-surau mengikut jadual, kesemua 63 surau akan mendapat juadah pada hari yang telah ditetapkan.

“Sesiapa hendak bersama sila dapatkan jadual dari Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parliment Putrajaya.

“Saya jemput semua untuk mengimarahkan Maidatul Rahman ini. Semoga Allah SWT permudahkan segala usaha kita di Ramadhan ini.”

Untuk hari ini 1 RAMADHAN (6 Mei 2019), juadah Maidatul Rahman akan diadakan di:

* Surau al Silaturrahim P11
* Surau Bomba
* Surau al Munawarah P5 – UMNOPutrajaya