BeritaRencana

Daulat Tuanku! Sultan Abdullah Ditabal Yang Di-Pertuan Agong Ke-16

Daulat Tuanku. UMNO Putrajaya merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Istiadat Pertabalan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI.

Sultan Abdullah, yang diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal Pekan, adalah cahaya mata keempat dan putera sulung Almarhum Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad.

Seri Paduka dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas di Istana Negara pada 24 Jan lepas berikutan peletakan jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V pada 6 Jan lalu.

Sultan Abdullah mendirikan mahligai dengan Tunku Azizah pada 6 Mac 1986.

Seri Paduka dikurniakan empat putera dan lima puteri.

Semoga pemerintahan Tuanku diberikan rahmat dan keberkatan oleh ALLAH SWT. – UMNOPutrajaya