Perkukuh UMNO, Mantapkan Permuafakatan Untuk Pertahan Agama, Bangsa, Negara – Tengku Adnan
KUALA LUMPUR, 4 Ogos – UMNO perlu diperkukuh dan diperkuat sebagai landasan perjuangan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara, kata Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Katanya, baru masuk
15 bulan pentadbiran kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) namun pelbagai perkara
telah berlaku khususnya menggangu gugat keharmonian masyarakat.
“Kita perlu bangkit pertahankan agama, bangsa dan negara kita dengan perkara
utama ialah bersatu dan bermuafakat dalam satu landasan untuk masa hadapan kita
dan anak cucu kita,” katanya.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya berkata demikian dalam Majlis Perasmian UMNO bahagian tersebut yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Tegas beliau, UMNO terlalu banyak jasa sepanjang penubuhannya bukan kepada ahli-ahli sahaja tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia sejak sekian lama.
“Kita perlu faham dan hayati asas tujuan UMNO malah jika kita mahu berpaling pun cari dulu asas dan tujuan apa-apa parti lain yang ada di negara kita… kenapa ditubuhkan….,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.