Putrajaya Prihatin, Salam Takziah Dan Semoga Terus Tabah
PUTRAJAYA – Kelangsungan hidup harus diteruskan biapun pelbagai musibah dan kemelaratan melanda namun keprihatinan UMNO Bahagian Putrajaya tidak pernah berhenti dalam menyusur akar merintis mereka yang dilanda kesusahan.
Khidmat diteruskan dengan memberi sokongan kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga dan dilanda keuzuran dengan memberikan sokongan moral selain sedikit sumbangan dari Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melalui Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya.
Semoga bantuan yang dihulur dapat meringankan beban yang dipikul dan marilah bersama-sama agar dikurniakan keberkatan kepada keluarga yang ditinggalkan dan kepada mana-mana yang sakit agar dikembalikan kesembuhan. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.