Puteri UMNO Pastikan Anak Segak Bergaya Ke Sekolah
PUTRAJAYA – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh Jumaitul Laily Zakiah Ismail telah mengadakan Program potong rambut percuma untuk anak lelaki dan perempuan di sini.
Program ini diadakan sebagai persediaan kepada anak-anak yang akan memulakan sesi persekolhan tahun 2020 Khamis nanti.
Program yang mendapat sokongan padu dari Wanita UMNO Putrajaya dan Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz.
Beliau melahirkan penghargaan kepada kesungguhan Puteri UMNO untuk bersama-sama masyarakat setempat selain turut berterima kasih kepada para penduduk Putrajaya yang sentiasa menyokong usaha UMNO di sini. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.