Persidangan Cawangan UMNO 15 Feb – 19 April, Bahagian 1 Jun – 20 Julai & Perhimpunan Agung UMNO 26 – 31 Okt
KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan bermula pada 15 Februari sehingga 19 April sementara di peringkat Bahagianakan berlangsung pada 1 Jun hingga 20 Julai ini, kata Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa melalui satu kenyataan media.
Selain itu, Konvensyen UMNO negeri-negeri ditetapkan pada 1 Ogos hingga 15 September ini dan Perhimpunan Agung UMNO 2020 pula akan diadakan pada 26 hingga 31 Oktober ini.
“Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga hari ini telah melantik Tan Sri Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO yang baru bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang telah meletak jawatan,” ujar beliau.
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga bersetuju bersetuju untuk menerus dan memperkasakan Muafakat Nasional dengan mempertingkatkan gerak kerja bersama PAS terutamanya dalam berhadapan dengan sebarang kemungkinan. – UMNO ONLINE
Persidangan Cawangan-Cawangan bermula dari 15 Feb 2020 hingga 16 April 2020
Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian bermula dari 1 Jun 2020 hingga 20 Julai 2020
Konvensyen UMNO Negeri-Negeri bermula dari 1 Ogos hingga 15 September 2020
Perhimpunan Agung UMNO 2020 bermula dari 26 Oktober hingga 31 Oktober 2020
You must be logged in to post a comment.