Tengku Adnan Mahu Pendidikan Terbaik Untuk Anak-anak Putrajaya
PUTRAJAYA – Selaku pemimpin berjiwa rakyat, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang lebih sinonim dengan panggilan ketua kampung mahukan anak-anak tempatan mendapat pendidikan terbaik bermula pada usia awal lagi.
Sehubungan itu, beliau yang telah melakukan kunjungan ke sebuah montessori yang baru dibuka di Putrajaya iaitu El Bambino di Presint 14 telah memberikan cadangan yang dipersetujui oleh pengarahnya, Puan Rozita.
“Ini adalah pendidikan cara baru untuk anak-anak bermula dari umur dua tahun sampai ke pre-school dan saya mahukan pendidikan terbaik untuk anak-anak di sini,” katanya yang meninjau keseluruhan montessori terbabit bersama isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.
Dalam tinjauan tersebut beliau turut meminta agar montessori terbabit turut menyediakan kelas agama sebagaimana kelas KAFA kepada anak-anak yang belajar di sini ekoran perkembangan terkini yang melihatkan kerajaan hari ini dilihat gagal memperkasakannya.
“Alhamdulillah cadangan tersebut telah diterima oleh Puan Rozita dan insya-Allah kelas KAFA akan beroperasi untuk anak-anak di sini tidak lama lagi.”
Jelasnya, sebagai pemimpjn beliau sentiasa mahu memastikan rakyat mendapat kemudahan terbaik khususnya dalam bidang pendidikan.
“Montessori baru ini akan menjadi satu lagi kemudahan untuk penduduk Putrajaya sekali gus memberi perluang kepada ibu bapa untuk mendapatkan pembelajaran terbaik untuk anak-anak mereka. Saya juga difahamkan bahawa yuran yang dikenakan adalah berpatutan. Ini semua adalah untuk masa depan terbaik anak-anak Putrajaya,” katanya lagi.
Untuk makluman lanjut sila layari https://elbambino.my/
You must be logged in to post a comment.