BeritaRencana

‘Ketua Kampung’ Sumbang 400 PPE Untuk ‘Hero’ Hospital Putrajaya

PUTRAJAYA – Dalam keadaan negara berdepan pandemik COVID-19, petugas barisan hadapan adalah antara golongan yang penting dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ‘hero’ bagi memastikan rakyat sihat dan mendapat rawatan sempurna.

Namun demikian, dalam keadaan yang berterusan dan sejak virus ini menular dan sehinggalah kerajaan mengambil langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PTP) tentunya tugasan semakin mencabar termasuklah kekurangan keperluan penting iaitu Peralatan Perlindungan Diri (PPE) untuk para petugas di hospital.

Hal tersebut telah dikhabarkan kepada Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih mesra dengan panggilan ‘Ketua Kampung’ dikalangan penduduk tempatan, yang tentunya terpanggil untuk menghulurkan bantuan.

Kebertanggungjawaban Ketua Kampung dalam memastikan segala keperluan mencukupi bukan hanya melibatkan penduduk tempatan namun keperluan PPE ini adalah keutamaan bagi golongan petugas hadapan melaksanakan tugasan mereka merawat pesakit.

“Saya mendapat maklumat tentang kekurangan peralatan perubatan oleh Hospital Putrajaya. Oleh yang demikian, untuk kegunaan segera saya sumbangkan 400 set PPE kepada hospital. Jika ada keperluan lain yang mendesak, saya akan usahakan.

“Apalah sangat sumbangan ini berbanding pengorbanan ‘frontliner’ demi negara dan bangsa. Kepada warga kampung saya, jangan risau. Tanggungjawab kita hanya perlu ‘stay at home’ terus patuh arahan pihak berkuasa,” katanya dalam hantaran dalam media sosialnya.

Sumbangan yang dianggarkan bernilai RM80,000 tersebut telah disampaikan oleh pegawai beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Hisamudin Yahaya kepada, Dr Muhd Siv Azhar Merican Abdullah di Hospital Putrajaya petang tadi.

Semoga sumbangan yang diberkan akan dapat memberikan sokongan moral kepada para petugas dan bersama-samalah kita berusaha mengekang penularan virus tersebut dengan patuh setiap arahan kerajaan. – UMNOPutrajaya