Aktiviti & Komuniti

PKPP: Agihan Daging Korban Lancar, Penduduk Akur Norma Baharu

PUTRAJAYA – Parlimen Putrajaya
telah menggerakkan inisiatif luar kebiasaan dalam agihan daging korban sempena Aidiladha kali ini berikutan disambut di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sehubungan itu, agihan daging yang diberikan kepada para penduduk tempatan kali ini dilaksanakan mengikut zon atau kawasan pecahan penduduk secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan patuh pada SOP PKPP.

Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian terbabit, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada semua penduduk khususnya mereka yang berusaha bagi memastikan ibadah korban berlangsung dengan jayanya.

“Saya berterima kasih pada semua yang telah bertungkus-lumus dari awal hinggalah selesai semua agihan daging korban kali ini,” katanya.

Sebanyak 46 ekor lembu baka tempatan akan dikorbankan dalam tempoh tiga hari berturut-turut di sini dengan menitikberatkan penjarakan sosial. –UMNOPutrajaya