Menyusur Akar, Biro Kebajikan Putrajaya Selami Keperitan
PUTRAJAYA – Gerakan menyusur akar terus diaplikasi dalam Parlimen Putrajaya melalui Biro Kebajikannya dengan turun padang menziarahi golongan yang uzur dan ditimpa kesusahan.
Hari ini, isteri Ahli Parlimen Putrajaya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki bersama Puan Husna Abdul Rahaman selaku Pengerusi Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya merangkap Ketua Wanita UMNO Putrajaya telah ke rumah pesakit di Putra Harmoni Presint 9, Puan Siti Khatijah dan Ayahanda Puan Aslina .
Selain menyampaikan sedikit sumbangan bagi membantu mengurangkan beban yang ditanggung, kata-kata semangat dan sokongan moral dizahirkan agar keperitan dapat diluah dan permasalahan dapat diselami.
Semoga mereka yang ditimpa keuzuran agar diberikan kesembuhan dan semoga setiap kesulitan akan dipermudahkan oleh-Nya. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.