Utamakan Keselamatan Untuk Kesihatan, Edar Pelitup Muka Percuma
PUTRAJAYA – Keselamatan dan kesihatan adalah satu keutamaan.
Lantaran itu, bagi memastikan rakyat Putrajaya terus patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mewajibkan pemakaian pelitup muka apabila berada di tempat-tempat awam, Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengambil inisiatif agar ia diedarkan kepada orang ramai.
Antara tempat tumpuan hari ini ialah masjid-masjid yang bakal menempatkan jemaah bagi menunaikan solat Jumaat, maka para petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya telah mengedarkan pelitup muka di Masjid Putra dan Masjid Sultan Mirzan di sini.
Dengan langkah tersebut, diharap agar Putrajaya bebas dari sebarang pandemic COVID-19.
Dilaporkan, PKPP dilanjutkan sehingga 31 Dis depan dan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil.
Ini kerana negara masih berhadapan cabaran getir dalam menangani penularan wabak COVID-19 dan mengambil kira virus ini masih menular secara aktif di seluruh dunia, malah menular secara cepat pada skala yang besar. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.