BN/UMNO Putrajaya Raih Undi Pastikan BN Tawan PRN Sabah
PUTRAJAYA – Atas tekad bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali menerajui Negeri Sabah, BN/UMNO Putrajaya turun padang untuk sama-sama berkempen dan meraih pengundi sebelum tibanya hari pengundian pada 26 Sept nanti sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Rombongan BN/UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh isteri Ahli Parlimen Putrajaya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki telah membantu calon BN di DUN Karambunai iaitu Datuk Yaakub Khan yang mengadakan pertemuan di PDM Gudon sebelum bersama-sama menyertai JR menemui pengundi setempat.
Datuk Yaakub Khan yang juga Timbalan Pengerusi BN Sabah, berdepan dengan lima lagi calon lain pada PRN ini.
Lima lagi calon yang akan bertanding ialah Ahmad Jais Otong (Parti Warisan), Nerudin Ludah (Parti Gagasan Rakyat Sabah), Dayangku Ayesha Humaira Bt Ak Othman Shah, Marajoh Unding (LDP) dan Ibrahim Linggam (USNO).
Sebagaimana kebiasaan menyusur akar turun bersama rakyat, rombongan BN/UMNO Putrajaya ini tidak kekok berdepan dengan pengundi dari pelbagai lapisan masyarakat.
Antara yang turut sama menyertai BN/UMNO Putrajaya ialah Naib Ketua Bahagian Putrajaya, Ahmad Faisal Abdul Karim; Ketua Wanita Putrajaya, Puan Husna Abd Rahaman; Naib Ketua Pemuda Putrajaya, Saudara Mohd Zushaidey Zulkifli dan Ketua Puteri Putrajaya, Jumaitul Laily Zakiah Ismail.
Semoga dengan semangat yang tinggi dari Semenanjung akan membantu kemenangan BN bagi PRN Sabah ke-16. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.