Sanitasi Kawasan Tumpuan Ramai Demi Warga Putrajaya
PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) sudah melaksanakan 35 program sanitasi di kawasan tumpuan awam pusat pentadbiran kerajaan ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah awal mengekang dan mencegah penularan Covid-19.
Presidennya, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain berkata, ia dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora).
“Sanitasi dijalankan selaras garis panduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Kesihatan (KKM).
“Lokasi sanitasi antaranya membabitkan sekolah, taman perumahan dan permainan,” katanya kepada media pada Operasi Sanitasi Awam, Pasar Awam Presint 8 di sini, hari ini.
Menurut beliau, langkah keselamatan seperti sanitasi awam ini menjadi keutamaan PPj dalam memastikan kesejahteraan orang ramai.
Dilaporkan, antara lokasi yang terlibat secara dasarnya adalah kawasan tumpuan ramai termasuk kawasan perumahan, pusat membeli belah, pasar awam dan sekolah yang dilihat antara kawasan berisiko tinggi untuk menjadi tempat penularan wabak COVID-19 fasa ketiga ketika ini.- hmetro.com.my
Foto: https://www.facebook.com/putrajaya/
You must be logged in to post a comment.