Pemuda UMNO Putrajaya Realitikan Berat Sama Dipikul
PUTRAJAYA – Penularan pandemik COVID-19 yang masih berterusan hinggakan Wilayah Persekutuan Putrajaya sekali lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tentunya memberi kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat.
Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya turun padang dengan membantu mengangihkan sumbangan Parlimen Putrajaya kepada rakyat agar beban yang ditanggung dapat diringankan.
Ketuanya, Dr Tengku Iqbal Munawwir bersama ahli jawatankuasanya telah bertindak dengan menjadi jentera penggerak bagi memastikan agihan yang dibuat sampai ke pintu rumah masyarakat setempat.
Semalam, beliau dan AJKnya telah melaksanakan agihan di Cawangan Jenjarum sementara pada Sabtu beliau bersama Pemuda UMNO tempatan menjadi jentera dalam memastikan barangan keperluan yang tiba di terima dan dapat diselia sebelum disampaikan kepada penerima.
Agihan sumbangan itu diberi secara berperingkat kepada penduduk Putrajaya khususnya mereka yang terkesan angkara musibah COVID-19. – UMNOPutrajaya