Wanita, Pemuda Puteri, UMNO Putrajaya Realitikan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’
PUTRAJAYA – Anggota Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Putrajaya merealitikan harapan rakyat apabila menjadi jentera parti yang menyantuni rakyat khususnya membantu meringankan bebanan masyarakat.
Dalam usaha meneruskan kehidupan lantaran suasana ekonomi yang merudum ditambah pula penularan pandemik COVID-19 yang masih belum reda, kesejahteraan rakyat menjadi perhatian Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sehubungan itu, anggota Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Putrajaya bergerak dalam kelompok berbeza bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat pembelaan.
Dalam hal ini, Wanita UMNO Putrajaya yang diketuai Puan Husna Rahaman mengaplikasi program Mekar Kasih dengan memberikan sumbangan barang keperluan asas kepada golongan ibu tunggal, asnaf dan OKU di Putrajaya.
Ahli-ahli Wanita UMNO ini menyusur akar turun padang bagi memastikan golongan yang memerlukan ini mendapat perhatian dan tidak terasa terpinggir.
Sementara itu, ahli-ahli Pemuda UMNO Putrajaya yang diketuai oleh Dr Tengku Iqbal Munawwir dan Naib Ketuanya, Mohd Zusheidy Zulkifli mengambil inisiatif turun ke jalanan bagi menyampaikan sumbangan ayam mentah kepada pengundi-pengundi muda Putrajaya.
Langkah tersebut dibuat sebagai usaha mengurangkan beban golongan muda dalam perbelanjaan seharian dan mendapat bekalan bahan mentah iaitu ayam.
Tidak ketinggalan, Puteri UMNO Putrajaya turut menggerakkan usaha menyusur akar dengan melaksanakan program ‘Hi-Tea Puteri Penyayang’ yang melibatkan seramai 70 orang ibu muda. Usaha ini dilaksana bagi memastikan bahawa kebersamaan UMNO sentiasa ada dan mendampingi rakyat dalam apa juga keadaan.
Terbukti, slogan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat diterjemah oleh barisan anggota Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Putrajaya. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.