Khidmat Setiap Masa… Sumbangan Demi Kebajikan, Kesejahteraan
PUTRAJAYA – Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya mengagihkan barangan bantuan makanan kepada rakyat yang dilaksana setiap masa tanpa mengira hujung minggu atau hari-hari tertentu lantaran sedar bahawa kebajikan dan kesejahteraan rakyat adalah penting setiap masa.
Perkara ini diinspirasikan daripada semangat ‘dari rakyat, untuk rakyat, kerana rakyat’ oleh Ahli Parlimennya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang sentiasa mahukan kehidupan terbaik untuk semua anggota Putrajaya.
Hari ini, pengagihan barangan makanan keperluan asas telah dibuat ke rumah-rumah mereka yang terpaksa melalui kuarantin di rumah lantaran positif COVID-19.
Sebagai wakil rakyat yang sentiasa mengutamakan para penduduk, Datuk Seri Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya mahu agar mereka yang menjalani kuarantin sentiasa diutamakan khususnya dalam memastikan barangan keperluan makanan mencukupi.
Hal ini juga dibuat sebagai tanggungjawab sosial dalam komuniti bersama di samping saling memberikan sokongan moral kepada mereka agar terus tabah berdepan dugaan.
Antara barangan yang diagihkan kepada mereka ialah beras, minyak, gula, telur, biskut dan lain-lain barangan dalam tin dan botol.
Semoga dengan sumbangan yang diberi akan menyempurnakan semangat kebersamaan dalam komuniti dengan jalinan kukuh menghadapi dugaan bersama-sama. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.