Aktiviti & Komuniti

Mimbar Surau Al-Farabi Realitikan Keselesaan Para Jemaah

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang lebih sinonim dengan panggilan ‘ketua kampung’ memberikan sumbangan meliputi pelbagai keperluan penduduk termasuklah bagi keselesaan rakyat.

Ini direalisasikan melalui sumbangan mimbar yang hari ini telah tiba untuk kegunaan Surau Al Farabi.

Sumbangan ini mimbar telah melengkapkan keperluan surau terbabit yang digunakan bagi keselesaan kariahnya dalam menunaikan solat Jumaat.

Terdahulu, Surau Al-Farabi Presint 17 Putrajaya telah ditauliahkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebagai Surau Diri Jumaat bagi memudahkan para qariahkan menunaikan solat terbabit. – UMNOPutrajaya