Puteri UMNO Putrajaya Turun Padang Santuni Wanita Muda
PUTRAJAYA – Pergerakan Puteri UMNO Putrajaya tidak ketinggalan untuk turun padang dan bersama-sama menyantuni golongan wanita muda dengan menghulur bantuan bagi memastikan kebajikan terjaga.
Anggota Puteri UMNO Putrajaya bersama-sama ketuanya, Jumaitul Laily Zakiah Ismail telah bergerak dengan menyusur akar umbi bagi menyampaikan bantuan barangan asas daripada Ketua Kampung Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Dalam program ini, Puteri UMNO telah singgah ke Cawangan UMNO Bunga Dedap dan Kiambang dengan menyampaikan bantuan termasuklah kepada golongan wanita muda yang masih belum mempunyai sayap Puteri Cawangan.
Selain bantuan yang dihulur, anggota Puteri UMNO turut bertanya khabar dan saling memberikan semangat agar terus tabah berdepan dugaan keperitan hidup akibat pandemic COVID-19.
Semoga bantuan yang dihulur dapat meringankan beban dan sama-samalah kita berdoa agar warga Putrajaya terus sejahtera. – UMNO Putrajaya
You must be logged in to post a comment.