Cakna Rakyat Melalui Sumbangan Prihatin
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sentiasa cakna terhadap kemaslahatan warga tempatan khususnya mereka yang perlukan bantuan akibat berdepan dengan keperitan hidup.
Lantaran itu, Sumbangan Prihatin telah disalurkan melalui Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya bagi menyantuni komuniti yang dilanda kesusahan agar ‘yang berat dapat diringankan’ selain memberi sokongan moral kepada mereka dan keluarga.
Hal ini direalitikan dengan memberi sumbangan kerusi roda kepada pesakit daripada Cawangan UMNO Bunga Matahari yang mengalami sakit saraf agar dapat membantu beliau memudahkan melakukan pergerakan.
Sememangnya, ‘ketua kampung’ sentiasa berusaha dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan masyarakat Putrajaya.
Sama-samalah kita doakan semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada mereka yang dilanda keuzuran dan warga Putrajaya sentiasa berada dalam keadaan harmoni dan lestari. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.