OKU, Ibu Tunggal Jadi Keutamaan, Bantu Ringankan Beban Berdepan Pandemik
PUTRAJAYA – Sumbangan dan agihan barangan keperluan daripada Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian terbabit, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meliputi semua pihak demi kesejahteraan rakyat.
Hari ini, Ketua Kampung melalui Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya yang dipengerusikan oleh Puan Husna Abdul Rahaman bersama Pengurusan Wanita Bahagian telah menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu-ibu tunggal di sekitar kawasan ini.
Puan Husna bersama para jentera yang menjadi sukarelawan ini telah berkunjung ke kediaman penerima dan menghantar sendiri sumbangan barangan selain menyampaikan salam dari Ketua Kampung kepada rakyat di akar umbi.
Ternyata, kedatangan anggota terbabit telah disambut senyuman mesra mereka dengan berkali-kali menzahirkan penghargaan dan berterima kasih atas pemberian yang diberikan.
Sememangnya, sumbangan tersebut dibuat bukan hanya sebagai tanda prihatin pemimpin terhadap rakyat tetapi juga untuk memastikan golongan terbabit dapat dibantu dengan meringankan bebanan dalam mendepani perbelanjaan dapur.
Apa yang pasti, Datuk Seri Tengku Adnan cakna berkaitan kegelisahan masyarakat berdepan suasana pandemik COVID-19 yang telah menyumbang kepada ekonomi negara merudum dan menyulitkan kehidupan rakyat. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.