Menjelang SPM, Pemuda UMNO Sumbangan ‘Face Mask’, ‘Hand Sanitizer’
PUTRAJAYA – Menjelang tarikh peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan berlangsung pada 22 Feb ini, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya bersama Kelab Belia Wawasan Putrajaya telah turun ke sekolah-sekolah di sini, hari ini.
Dalam program yang dilaksanakan, sumbangan ‘face mask dan ‘hand sanitizer’ telah disampaikan kepada calon-calon pelajar SPM Tahun 2020 yang akan bermula pada 22hb Februari sehingga 25hb Mac 2021
Sumbangan ini telah diberikan kepada empat buah sekolah yang melibatkan hampir 600 calon pelajar SPM Tahun 2020.
Sumbangan ini juga dibantu dan disokong penuh oleh Pejabat Ahli Parlimen Putrajaya, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 6.
Semoga sumbangan yang diberikan akan dapat merealisasikan hasrat menyokong usaha kerajaan dalam mematuhi SOP dan memutuskan rangkaian COVID-19 serta adik-adik Putrajaya berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.