Hutang Negara & Ekonomi Masa Hadapan…
Semalam, Menteri Kewangan PN nafi bahawa nisbah hutang kerajaan kepada KDNK telah mencecah had statutori 60% (yang telah dinaikkan dengan kelulusan parlimen dari 55% pada bulan Ogos 2020).
Kenapa kerajaan PN kata begitu walaupun angka 62.2% ini jelas dinyatakan dari laporan-laporan kementerian kewangan kerajaan PN?
Sebab kerajaan PN hanya mengambil kira bon-bon pinjaman tempatan terbitan kerajaan untuk kata had statutori hutang tidak dicecah.
Page 10 dalam laporan suku-4 tahun 2020 dikeluarkan Kementerian Kerajaan jelas menyatakan nisbah hutang kerajaan telah naik ke 62.2% (garis biru dalam graf) pada akhir tahun 2020 (bersamaan dengan RM876 bilion) tetapi hutang statutori cuma 58.0% (garis merah dalam graf).
https://www.mof.gov.my/pdf/ekonomi/suku-tahunan/202004/
Ini perbezaan cara kerajaan PN mengira hutang kerajaan berbanding masa kerajaan BN/PH (yang juga digunakan oleh lain-lain negara dalam dunia).
Pengiraan Hutang Langsung Kerajaan masa BN/PH.
1) Bon Pinjaman Kerajaan:
– Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS)
– Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII)
– Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB)
2) Pinjaman bank Kerajaan
3) Bridging loans jangka pendek
4) Pinjaman asing (termasuk bon samurai)
Pengiraan Hutang Langsung Kerajaan PN
1) Bon Pinjaman Kerajaan:
– Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS)
– Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII)
– Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB)
2) Tak kira
3) Tak kira
4) Tak kira
Jika guna cara pengiraan lama, kita langgar had hutang maka kerajaan PN pun tukar cara pengiraan baru supaya tak nampak sangat melanggar undang-undang dan kelulusan diberi dalam parlimen.
(kenapa pula tiada wartawan yang tanya Menteri Kewangan PN semalam mengapa bon samurai kerajaan PH dan pinjaman-pinjaman asing lain sedia ada tidak diambil kira? Hutang kerajaan dalam matawang asing tak perlu bayar lagi ke?)
Komuniti kewangan dan ahli ekonomi pun nampak trick magik silap mata ini dan bertanya:
“It is not immediately known why the government chose to REDEFINE what constitutes as statutory debt instead of temporarily raising the debt ceiling further to 65% of GDP. ”
“2 Mac 2021: Why statutory debt limit of 60% has not been breached”
https://www.theedgemarkets.com/…/why-statutory-debt…
Selain jelas diberi dalam laporan Kementerian Kewangan, angka nisbah hutang kerajaan 62.2% ini juga dapat dikira sendiri dari data-data dikeluarkan Bank Negara Malaysia:
KDNK (GDP at Current Prices) bagi tahun 2020 dalam laporan BNM itu diberi sebagai RM1.451 Trilion.
https://www.bnm.gov.my/…/e83eb211-4473-64c9-bf4c…
Jumlah hutang langsung kerajaan pada akhir tahun 2020 dilaporkan adalah RM879.56 bilion
https://www.bnm.gov.my/…/02f07dca-5874-ac1f-7956…/
Maka RM879.56b (hutang) bahagi RM1,451b (KDNK) = 62.16%
(Masa BN, nisbah hutang cuma 48.7% pada suku-1 tahun 2018 sebelum PRU)
Dalam posting saya semalam, saya juga berikan bukti bahawa kerajaan telah naikkan kadar meminjam pada tahun 2021 ini.
Setakat 17 Mac 2021, kerajaan PN telah membuat pinjaman baru sebanyak RM44 bilion.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157770861310952
Namun dalam press conference semalam, Menteri Kewangan PN juga telah mengakui bahawa kerajaan PN telah lari dari sasaran defisit kerajaan diluluskan dalam bajet 2021 dan hutang kerajaan dijangka naik ke RM975 bilion pada akhir tahun 2021 ini (sikit lagi akan capai impian hutang negara RM1 trilion kerajaan PH dahulu).
(Masa BN, jumlah hutang adalah RM686.8b pada akhir tahun 2017. Hutang langsung negara naik sekitar RM300b atau hampir 50% di bawah kerajaan PH dan PN selepas PRU14)
“18 Mac 2021: Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, jumlah hutang kerajaan Persekutuan dijangka meningkat kepada RM975 bilion berikutan langkah suntikan fiskal baharu berjumlah RM11 bilion menerusi pakej rangsangan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.”
https://www.bharian.com.my/…/hutang-negara-masih-di…
Mengambil aset serta rizab ditinggalkan kerajaan BN dahulu serta meminjam dengan kadar amat besar untuk berkali-kali mengumumkan bantuan rakyat dan mengaku prihatin adalah perkara yang amat mudah sekali untuk dilakukan.
Mat Sabu sebagai PM dan Mahfuz sebagai Menteri Kewangan pun mampu buat.
Namun, secara am ianya tidak salah untuk membantu Rakyat pada masa pandemik.
Tapi ianya perlu dilaksanakan secara jujur dengan tidak menyalahi undang-undang sendiri, tidak menghina kelulusan diberi dalam parlimen, tidak sering membuat unjuran ekonomi yang jauh lari dari realiti dan juga perlu ada pelan untuk membayar balik hutang supaya ianya mampu dipulihkan ke bawah had yang ditetapkan kerajaan sendiri dan negara tidak akan lagi diturunkan penarafan seperti yang berlaku pada tahun lepas di mana kita turun menjadi negara gred “B” buat kali pertamanya sejak 20 tahun dahulu.
NAJIB RAZAK