Simulasi Pastikan Perhimpunan Agung UMNO 2020 Lancar
PUTRAJAYA – Menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 membuka tirai, Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya yang bakal menjadi lokasi persidangan bagi bahagian terbabit mengadakan simulasi serentak dengan Ibu Pejabat UMNO.
Raptai perasmian tersebut dilakukan di Dewan Merdeka, PWTC serta dipancarkan secara maya kepada kesemua bahagian menggunakan aplikasi atas talian Webex dan dizoomkan ke seluruh UMNO Bahagian di seluruh negara.untuk kelancaran perhimpunan agung ini.
PAU 2020 dijadualkan berlangsung pada 27 dan 28 Mac (Sabtu dan Ahad) dengan pelaksanaannya secara kombinasi perhimpunan iaitu bersemuka dan maya.
Pada Sabtu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyempurnakan majlis perasmian serentak Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bertempat di Dewan Merdeka.
Seterusnya, ketiga-tiga sayap UMNO akan melaksanakn persidangannya secara berasingan dengan Wanita di Dewan Tun Dr Ismail, Pemuda di Dewan Tun Hussein Onn sementara Puteri di Dewan Merdeka.
Pada Ahad, PAU 2020 dilakukan di Dewan Merdeka dan tutut dipancarkan secara maya kepada semua bahagian-bahagian. – UMNOPutrajaya