Selamat Bersidang, UMNO Wadah Perjuangan
PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengharapkan Perhimpunan Agung 2020 ini memberikan nafas baharu buat anggota parti bagi memperjuangkan masa depan agama, bangsa dan negara.
Ini kerana katanya, beliau melihat sendiri bagaimana keyakinan ahli dan masyarakat umum terhadap UMNO sentiasa bertambah sejak PRU-14 lalu.
“Pastinya UMNO telah cukup matang apatah lagi memasuki 75 tahun perjuangannya dengan esok merupakan Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2020.
“Perhimpunan agung ini juga adalah wadah perpaduan dalam kalangan ahli parti dan masyarakat Malaysia, kerana kita semua menginginkan negara kita terus membangun pasca pandemik COVID-19,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya