Persidangan Secara Maya Tak Luntur Semangat Perjuangan Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri Putrajaya
PUTRAJAYA – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang bermula hari ini mencatat sejarah tersendiri kerana pertama kalinya diadakan secara kombinasi bersemuka dan maya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC), Kuala Lumpur dan secara maya di 190 UMNO bahagian di seluruh negara.
Bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya, perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian menunjukkan solidariti untuk terus bersetia kepada parti yang menjadi tunjang agama, bangsa dan negara.
Biarpun di luar daripada kelaziman, namun penghayatan untuk meneruskan semangat perjuangan tetap diteruskan oleh para perwakilan setia menghayati ucapan pemimpin parti.
Biarpun bukan berada di dalam dewan besar sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, namun perhimpunan secara maya hari ini tetap membangkitkan semangat anggota perwakilan yang secara jelas turut mematuhi arahan serta peraturan yang telah ditetapkan.
Anggota perwakilan ternyata tidak berganjak menghayati ucapan perasmian Timbalan Presiden. Ucapan dan seterusnya ucapan dasar dari pimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.
Para perwakilan yang hadir ke persidangan di PWTC kali ini amat terhad sebagai langkah bagi mengelakkan kesesakan dan orang ramai berkumpul agar persidangan dilaksanakan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Persidangan hari ini bermula ucapan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyempurnakan majlis perasmian serentak Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bertempat di Dewan Merdeka.
Seterusnya, ketiga-tiga sayap UMNO akan melaksanakn persidangannya secara berasingan dengan Wanita di Dewan Tun Dr Ismail, Pemuda di Dewan Tun Hussein Onn sementara Puteri di Dewan Merdeka. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.