Aktiviti & Komuniti

Salam Aidilfitri, Tingkatkan Perpaduan Dengan Syukuri Nikmat-Nya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya bersama seluruh kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya dan ahli keluarga saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya komuniti Putrajaya yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya.

Dalam kita menghadapi hari kemenangan kita sebagai umat Islam setelah sebulan kita berpuasa dalam bulan Ramadan, maka marilah kita semua memanfaatkan Hari Lebaran ini untuk bermaaf-maafan. Sesungguhnya kelestarian kita dalam warga Putrajaya terbina atas ikatan kukuh dalam
tekad untuk terus bersatu-padu.

Dalam apa-apa juga keadaan, termasuklah dalam kita berdepan menentang penularan COVID-19 ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyikuran atas limpah dan kurnia-Nya. Dalam kerumitan, kita masih ada rasa selamat dan dalam kesakitan pasti aka nada ubatnya untuk dijadikan penawar.

Teruslah patuhi SOP, jaga keselamatan dan tingkatkan kawalan kendiri.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
KETUA UMNO BAHAGIAN PUTRAJAYA / AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA