Angka COVID-19 Meningkat, Usaha Pastikan Sokongan Berterusan Terus Dilaksana
PUTRAJAYA – Bilangan angka COVID-19 dalam negara terus meningkat termasuklah di Putrajaya yang turut menggambarkan mereka yang menerima rawatan juga bertambah.
Ini termasuklah individu yang terpaksa menjalani kuarantin di rumah ekoran dijangkiti COVID-19 atau kontak rapat yang juga perlu diasingkan.
Dalam hal ini, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menggerakkan Pusat Khidmat di Parlimennya telah menggiatkan usaha agar mereka yang terjejas sentiasa dapat dibantu.
Begitu juga dengan para petugas dan sukarelawan yang terbabit dengan menyampaikan bantuan terus ke pintu-pintu rumah mereka yang telah dikenalpasti menjalani kuarantin dengan pengedaran bahan makanan dibuat.
Sememangnya sumbangan makanan berupa barangan keperluan harian itu sebagai menyokong mereka yang terjejas agar tidak terpinggir di samping kebersamaan komuniti Putrajaya melaksanakan tanggungjawab dalam keluarga besar. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.