Wanita Muda Putrajaya Jadi Fokus Puteri UMNO, Sumbang Barangan Asas Ringankan Beban
PUTRAJAYA – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya yang diterajui ketuanya, Cik Jumaitul Laily Zakiah Ismail fokus dalam melaksanakan sumbangan barangan asas bagi membantu meringankan beban golongan wanita muda di Putrajaya lantaran penularan COVID-19 sehinggakan ‘total lockdown’ dilaksanakan kerajaan.
Dalam hal ini, beliau menggerakkan anggota jentera Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya selaras dengan agenda Ketua UMNO Bahagian yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk melihat agar semua komuniti di kawasan terbabit sentiasa terbela.
Anggota pengurusan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya mengedarkan sumbangan barangan asas kepada wanita muda di sekitar Putrajaya dengan gerakan dilaksanakan secara terancangan.
Bagi Jumaitul Laily Zakiah, beliau amat menghargai penglibatan dan sokongan anggota parti dalam memastikan agihan dapat dlakukan.
“Kami laksanakan sumbangan di Putrajaya sehingga lewat petang untuk mengagihkan barangan dan terima kasih buat pengurusan Puteri Putrajaya yang bertungkus lumus membantu dalam menjayakan program murni ini.
“Jutaan terima kasih buat Kretip Malaya yang juga turut menyumbang untuk program Puteri Putrajaya pada kali ini. Tidak lupa juga buat Saudari along Nurul Amal Mohd Fauzi dan Saudari Eiyla Fazzila yang mempermudahkan urusan Puteri dalam menyampaikan sumbangan kami kepada warga wanita muda Putrajaya.
“Moga Allah SWT sentiasa rahmati dan redhai kita semua justeru mempermudahkan segala urusan buat semua yang menghadapi kesukaran sepanjang lockdown berjalan dan insya-Allah, Puteri Putrajaya akan terus mencari jalan dalam membantu meringankan bebanan yang dilalui khususnya warga wanita muda sekitar Putrajaya,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.