Isu Semasa

Pemulihan 4 Fasa: Delay Tactic?

PM 8 umum pelan pemulihan 4 fasa. Apakah itu taktik bermain masa untuk memanjangkan tempoh hayat kerajaan PN?

Kerajaan PN telah diberi peluang 8 bulan guna darurat termasuk gantung parlimen. Tiada perincian apa mahu dibuat.

Akhirnya darurat gagal dan masa terbuang.

Sepatutnya beri perincian bagaimana 80% rakyat dapat divaksinasi. Pelan daftar vaksin yang rendah juga tidak diperincikan.

Kerajaan juga patut kemuka pelan pemulihan ekonomi. Bagaimana menambah hasil negara. Apa pelan bantuan untuk mereka yang hilang pekerjaan dan perniagaan?

Kerajaan guna vaksinasi dan jumlah kes yang menurun sebagai ukuran peralihan dari satu fasa ke satu fasa.
Tetapi kenapa Parlimen bulan September atau Oktober baru boleh bersidang? Sedangkan ahli Parlimen sudah lama mengambil vaksin?

YDP Agong telah bertitah pada bulan Febuari lagi supaya Parlimen boleh bersidang.

Kerajaan PN menampakkan pekung di dada iaitu takut bersemuka di Parlimen. Takut pada “check and balance“.

Patutlah netizen kata “jemu dan bosan”. Itu komen popular rakyat bila PM 8 umum pelan pemulihan 4 fasa.
Jangan ada “denial syndrome”.

DR PUAD ZARKASHI