Terima Kasih, Tengku Adnan Cakna Tanggungjawab Petugas Barisan Hadapan
PUTRAJAYA – Perkhidmatan berdedikasi petugas barisan hadapan yang sentiasa berusaha keras memastikan keselamatan rakyat dalam memastikan disiplin dan tahap pematuhan masyarakat bagi mengekang penularan COVID-19 amat besar maknanya.
Atas kefahaman terhadap beban amanah yang terpikul pada bahu petugas barisan hadapan ini, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan merakamkan penghargaan dan amat berterima kasih atas usaha mereka termasuklah anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.
Tengku Adnan memahami bahawa keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan negara bukan hanya bergantung pada pengorbanan petugas barisan hadapan tetapi tanggungjawab seluruh masyarakat termasuklah pematuhan kepada SOP yang telah ditetapkan.
Beliau juga telah menyampaikan sumbangan ‘food pack’ kepada anggota IPD Putrajaya yang bertugas sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).
Sumbangan ‘food pack’ tersebut telah disampaikan oleh Ketua Wanita UMNO Putrajaya Puan Husna Abdul Rahaman merangkap Pengerusi Biro Kebajikan Parlimen terbabit.
Terdahulu, PKP 3.0 atau total lockdown yang sepatutnya berakhir Isnin lalu telah dilanjutkan dua minggu lagi berkuat kuasa 15 Jun sehingga 28 Jun 2021 setelah mengambil kira kes harian COVID-19 yang masih tinggi melebihi 5,000 kes sehari. – UMNO Putrajaya
You must be logged in to post a comment.