Isu Semasa

Kerajaan Perlu Penuhi Tuntutan Rakyat

Tuntutan Rakyat yang dipelopori Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pemuda UMNO tu make perfect economic sense. Menteri UMNO yang kata tuntutan tu macam terikut pembangkang elok diketuk kepalanya biar berfungsi semula.

Kenapa? Sebab asas sistem ekonomi ini adalah keyakinan. 5 cadangan iaitu moratorium, pengeluaran KWSP, bantuan tunai, diskaun utililiti dan kawalan harga barang asas itu sebenarnya untuk bagi keyakinan dan galakkan rakyat berbelanja semula.

Inilah falsafah ekonomi Keynesian. Keynesian ini pula ceduk sebahagiannya daripada pandangan ekonomi Ibnu Khaldun.
Bagi kedua-dua Keynesian dan Ibnu Khaldun, perbelanjaan kerajaan akan menaikkan permintaan pengguna dan akan menggalakkan rakyat berbelanja.

Apabila semua berbelanja, maka aliran tunai akan berlaku. Secara automatik, output ekonomi akan berkembang.
Bagaimana nak galakkan rakyat berbelanja? Ada dua syarat:

1. Rakyat merasa selamat dengan masa hadapan dan simpanan mereka.
2. Rakyat mempunyai lebihan tunai melebihi keperluan simpanan asas

Jika kita lihat, sebenarnya rakyat kita ada duit. Sebagai contohnya, Tabung Haji sahaja mencatatkan peningkatan deposit hampir RM6 bilion pada tahun 2020.

Duit ada. Tapi orang takut berbelanja apabila kerajaan dilihat kedekut. Bantuan kebajikan yang terhad, subsidi barang asas yang sedikit, malah diskaun elektrik pun berkira. Alasannya kerajaan dah tak ada duit.

Perkara-perkara ini akan mempengaruhi sentimen rakyat. Rakyat akan takut berbelanja. Rakyat tak pasti dengan masa hadapan mereka. Maka duit yang lebih rela disimpan dalam bank sahaja

Bila rakyat takut, maka IKS akan terima tempiasnya. Syarikat akan tutup. Majikan yang masih hidup pula akan mula menekan pekerja baru untuk terima gaji yang lebih rendah bagi naikkan semula keuntungan ke paras biasa.

Sebab itu dahulu DSN mulakan BR1M, Baucer Buku, Baucer Sekolah etc etc. Ia mencipta lebihan tunai dan meyakinkan rakyat untuk berbelanja.

Malah jika anda lihat polisi-polisi ekonomi pada zamannya termasuklah pelaburan besar-besaran GLC dan Institusi Kewangan ke luar negara, semuanya bertujuan mencipta lebihan tunai.

Kerana keuntungan GLC dan institusi kewangan ini akan dizahirkan kepada rakyat dalam bentuk dividen yang tinggi pula.

Kerajaan perlu berbelanja untuk rakyat. Jangan takut dengan defisit fiskal. Perniagaan kecil dan sederhana perlu insentif kewangan untuk terus survive. Syarikat percetakan, pakaian dan buku perlukan baucer supaya perniagaan boleh bertahan.

Bengkel perlu moratorium pinjaman untuk terus kekal berjuang. Syarikat perunding pembinaan perlu insentif gaji yang besar untuk memastikan pekerjanya dapat membawa pulang makanan.

2021 adalah tahun yang sukar. Lebih sukar daripada 2020. Kesan ekonomi buruk tahun lepas akan bagi lagging effect untuk ekonomi tahun ini. Dengan darurat dan PKP yang dijangka berpanjangan, adalah satu masalah jika kerajaan masih takut keluarkan wang.

Menteri macam Jemin tu buang la. Tobat tengok muka dia pun boleh sakit jiwa.

#TuntutanRakyat
—-
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu