Program Kongsi Rezeki Puteri UMNO Putrajaya Imarahkan Aidiladha
PUTRAJAYA – Hari Raya Aidiladha kali ini bakal disambut dalam suasana pandemik COVID-19 dengan rakyat masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana arahan kerajaan sebagai langkah bagi mengurangkan penularan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara.
Dalam hal ini, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya mengambil langkah proaktif mematuhi arahan di samping terus menyantuni rakyat melalui Program Kongsi Rezeki menjelang Aidiladha.
Ketuanya, Cik Jumaitul Laily Zakiah Ismail menzahirkan kesyukuran kerana program yang dirancang dapat dilaksana dengan lancar dan teratur.
“Alhamdulillah, perjalanan program hari ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan oleh-Nya,” katanya.
Beliau yang melaksanakan program berkenaan bersama-sama pengurusan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya telah mengedarkan sumbangan barangan asas dan saguhati kepada barisan kepimpinan AJK Puteri Bahagian dan Ketua-Ketua Puteri UMNO Cawangan di sini.
Dalam masa yang sama, beliau merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada anggota parti yang terlibat dan banyak memberikan sokongan kepada parti khususnya Puteri UMNO.
“Moga dengan rezeki ini akan dapat membantu meringankan bebanan yang dialami oleh wanita muda yang memerlukan.
“Jutaan terima kasih buat semua yang membantu sepanjang program ini berlangsung,” katanya lagi sambal mengucapkan Salam Aidiladha buat semua. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.