Terima Kasih Ahli Parlimen Putrajaya, Keprihatinan Sangat Dihargai
PUTRAJAYA – Keprihatinan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap keperluan para penduduk khususnya dalam menyalurkan sumbangan barangan asas kepada penduduk temapatan amat dihargai.
Kali ini, sumbangan ‘ketua kampung’ Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya telah disalurkan kepada anggota ‘team kubur’ iaitu para petugas dan sukarelawan yang bertungkus-lumus menguruskan jenazah termasuklah mangsa COVID-19 di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini.
Sehubungan itu, ‘team kubur’ yang diketuai oleh Saudara Yazrul Ekhzan mengucapkan terima kasih dan amat menghargai sumbangan yang dihulurkan.
Terima kasih Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Hari ini barang-barang makanan (keperluan) kepada ‘team kubur’ Presint 20 Putrajaya telah diterima. Keprihatinan ketua kampung sangat dihargai dalam memberi sokongan atas penat lelah ‘team kubur’. Syukur Alhamdulillah.
“Moga ‘team kubur’ terus diberikan kekuatan, tabah dan cekal dalam menguruskan jenazah yg datang sama ada jenazah biasa ataupun COVID.”
Terdahulu, dilaporkan sumbangan berterusan yang disalurkan secara berperingkat melalui Pusat Khidmat Masyarakat kepada para penduduk telah digerakkan sejak dahulu lagi dan semakin rancak apabila penularan COVID-19 berlaku.
Sememangnya usaha Tengku Adnan membantu rakyat melalui pemberian barangan yang antaranya beras, telur, susu, kopi, tepung, gula, minyak dan biskut amat menyentuh hati masyarakat kerana ia secara langsung telah mengurangkan beban perbelanjaan barangan dapur. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.