Sumbangan ‘Bakul Makanan’ Pastikan Komuniti Putrajaya Terus Terbela
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ketua UMNO Bahagian tempatan mahukan setiap individu dalam komunitinya diberikan perhatian tanpa ada mana-mana pihak yang tercicir khususnya dalam mendepani kesulitan akibat pandemik COVID-19 yang menular sejak lebih setahun lalu.
Selaras dengan itu, melalui Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya yang dipengerusikan Puan Husna Abd Rahaman yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Putarajaya sentiasa melaksanakan gerak kerja menyusur akar turun padang dengan mengenalpasti mereka yang perlu mendapata perhatian.
Pagi ini, bersama dengan ahli jawatankuasanya Biro Kebajikan terbabit telah menyampaikan sumbangan ‘Bakul Makanan’ kepada pihak Sekolah Presint 16 (1) untuk disampaikan kepada keluarga murid yang terjejas dan memerlukan bantuan.
Dalam masa yang sama, sumbangan makanan juga turut diagihkan kepada para petugas barisan hadapan yang melaksanakan amanah menangani pesakit di Hospital Putrajaya.
Semoga dengan sumbangan yang disalurkan akan dapat membantu meringankan beban masyarakat Putrajaya. Ini juga adalah bukti sokongan moral bahawa kesulitan yang mereka hadapi tidak sendirian sebaliknya ‘ketua kampung’ yang sentiasa menganggap warga Putrajaya sebagai keluarga besarnya sentiasa diutamakan khususnya dari segi kebajikan. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.