Ahli Parlimen Realitikan Hasrat Yang Uzur, Bantuan Katil Khas Mudahkan Penjagaan
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merealisasikan permintaan keluarga seorang pesakit yang terbaring di rumahnya untuk mendapatkan bantuan katil khas bagi memudahkan penjagaan kesihatan kepada pesakit terbabit.
Sumbangan tersebut dilaksanakan sebagaimana permohonan kepada Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Putrajaya lantaran pesakit memerlukan katil khas bagi penjagaan sepenuhnya di rumah selepas menjalani rawatan di hospital sebelum ini.
Sememangnya, demikianlah keprihatinan Datuk Seri Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya dengan sedaya upaya akan melaksanakan bantuan agar keselesaan dan kesejahteraan setiap individu terjamin.
Hal ini adalah antara usaha yang sentiasa dilaksanakan oleh pemimpin berjiwa rakyat terbabit dengan matlamat kelestarian komuniti Putrajaya tetap terpelihara walaupun dalam suasana yang berbeza.
Semoga bantuan yang dihulur akan dapat meringankan beban dan pesakit akan kembali sembuh seperti sedia kala. – UMNO Putrajaya