Berita

UMNO Mesti Bersatu… Tak Payah Beli ‘Katak’ Atau ‘Durian’ Jadi ‘King Maker’

PUTRAJAYA – Situasi politik semasa kembali panas dengan jawatan Perdana Menteri Interim mula disebut-sebut apabila dikatakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meletak jawatan.

Persoalannya siapa yang bakal menjadi PM interim dan dari parti manakah?

Dalam hal ini, Ketua UMNO Cawangan Tasbih, Dr Tengku Muhammad Hafiz mewakili anggota akar umbi merayu agar ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk sama-sama mendoakan yang terbaik demi Malaysia dan berhentilah ‘menyalak’.

“Negara ini mesti di terajui UMNO dan kesatuan tersebut mesti majoriti Islam dan Melayu, bersama dengan Friends of BN/PN bagi mewakili bangsa lain seperti Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain. Negara kita adalah masyarakat majmuk pelbagai bangsa.”

Namun katanya menerusi laman facebooknya hari ini, perkara paling penting ialah UMNO perlu bersatu.

“Jangan bagi parti komunis Dap dan zalim yang jelas mengadai hak-hak istimewa Melayu jadi ‘king maker’ …. PM mesti dari UMNO. Kerajaan PN bersama MN dan BN di belakangnya so tak payah beli katak-katak atau durian.

“Rombak sahaja kabinet. Bring a more experienced and vet team . Insya-Allah COVID dan masalah ekonomi selesai.”

Sebelum itu beliau meminta agar semua pihak lebih mengutamakan kepimpinan majoriti dalam BN/UMNO yang menjadi ahli Parlimen berbanding dengan anggota MKT yang tewas dalam PRU lalu di bahagian diwakilinya.

“Kepada Presiden parti, kita betul bahawa kita mesti bersama. UMNO mesti berada di barisan hadapan tetapi janganlah kemaruk kuasa hingga hilang rasa hormat. Untuk sementara bagi kerajaan Interim Datuk Seri Ismail Sabri pilihan terbaik bersama PPBM, PAS, BN dalam PN.

“Kelak setelah COVID-19 reda kita buat Pilihan Raya Umum ke-15 kerana kuasa bukan di tangan ahli-ahli politik tetapi ‘boss’ kita semua adalah rakyat Malaysia,” katanya. – UMNOPutrajaya