Klinik Rakyat Ku Nan Bakal Dibuka, Percuma Untuk Warga Tempatan
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bakal merealisasikan impiannya untuk meneruskan khidmat dengan mewujudkan klinik percuma yang dinamakan ‘Klinik Rakyat Ku Nan’.
Katanya, untuk mewujudkan kelinik percuma kepada rakyat adalah antara tekadnya kepada rakyat.
“Tekad saya memang dari rakyat, untuk rakyat dan demi rakyat. Insya-Allah Klinik Rakyat KuNan akan beroperasi tidak lama lagi di Presint 9, Putrajaya.
“Klinik ini akan dikendalikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Dr Tengku Iqbal Munawwir, Dr Tengku Muhammad Hafiz dan Dr Megat Nubli. Mereka ini merupakan anak-anak dan anak saudara saya sendiri yang memegang amanah untuk mengendalikan soal kesihatan melalui pelaksanaan klinik untuk komuniti di sini,” katanya.
Ujar beliau, pemegang Kad Klinik dari Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Putrajaya akan dapat rawatan percuma termasuk ubat-ubatan biasa, tak termasuk ubatan pakar.
“Perkhimatan ini dibuat untuk membantu klinik kerajaan sedia ada dan juga untuk mempermudahkan warga Putrajaya mendapat khidmat kesihatan secara cepat dan tanpa bayaran yang akan dapat meringankan beban kewangan.
“Semua pembiayaan akan ditanggung dan moga usaha ini akan mendapat berkat dari Allah SWT,” katanya lagi.
Moga impian ‘Ketua kampung’ Putrajaya ini akan menjadi reality tidak lama lagi. – UMNOPutrajaya