Santuni Mereka Yang Kehilangan, Semoga Keluarga Terus Tabah
PUTRAJAYA – Keprihatinan Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya tidak pernah bernoktah malah beliau terus aktif menggerakkan usaha menyantuni mana-mana individu yang dilanda musibah dan kesusahan.
Terbaharu, beliau yang diwakili oleh Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya telah menziarahi balu Allahyarham Mat Zaidi Malik iaitu anggota polis bantuan di Jabatan Perdana Menteri yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.
Kunjungan ini telah diketuai oleh pengerusi Bironya, Puan Husna Abdul Rahaman yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya bersama dengan ahli jawatankuasanya.
Dalam kunjungan tersebut sedikit sumbangan dan cenderahati telah diberikan selain ucapan kata-kata semangat agar ahli keluarga tabah dengan kehilangan insan tersayang.
Didoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.