Tengku Adnan Tolak Dakwaan UMNO/BN Tamak, Demi Mandat Penuh … Jangan Lupa Janji Manis PRU14
KUALA LUMPUR, 26 Jan – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak dakwaan negatif terhadap UMNO/Barisan Nasional (BN) berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang akan memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.
Tegas beliau, semua dakwaan negatif terhadap UMNO/BN tidak benar kerana parti terbabit tetap akur dengan Perlembangaan dan yakin dengan keluhuran undang-undang.
“Usaha memburukkan UMNO/BN makin rancak bertebaran sekarang ini. Kononnya UMNO/BN tamak kuasa dan mahu menyusahkan rakyat. Ada juga dakwa UMNO/BN nak lepaskan ‘kluster mahkamah’ sedangkan itu semua tidak benar. Kita tetap akur dengan Perlembangaan dan yakin dengan keluhuran undang-undang.
PRN inilah peluang untuk rakyat tentukan pemimpin sebenar berdasarkan kepada pentadbiran kerajaan negeri yang lalu – antara BN (sebelum PRU14), PH, PN dan kembali kepada BN. Hitung sendirilah berapa kali kerajaan bertukar ganti, dari PH yang haloba kepada PN yang caca marba hanya kerana tidak tahu mentadbir.
Jelasnya yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, PRN inilah peluang untuk rakyat tentukan pemimpin sebenar berdasarkan kepada pentadbiran kerajaan negeri yang lalu.
“Antara BN (sebelum PRU14), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan kembali kepada BN. Hitung sendirilah berapa kali kerajaan bertukar ganti, dari PH yang haloba kepada PN yang caca marba hanya kerana tidak tahu mentadbir.
“UMNO/BN konsisten dengan menyokong pelaksanaan demokrasi dan yakin bahawa pilihan rakyat adalah yang terbaik. PRN diadakan untuk mendapatkan mandat penuh dari rakyat.
“Ini kerana mandat sepenuhnya amat penting bagi meneruskan pentadbiran dalam mana-mana kerajaan pun dan kerana itu UMNO/BN kembalikan kuasa kepada rakyat melalui PRN ini. Biarlah rakyat memilih dan mana-mana parti politik yang berhasrat untuk bertanding, maka kita tunggulah pengumuman dari SPR nanti.”
Terangnya, UMNO/BN mahukan kerajaan yang stabil iaitu mempunyai mandat penuh secara demokrasi kerana ia akan dapat merencana usaha pembangunan dan kemajuan secara mutlak tanpa berdepan dengan tentangan ideologi berbeza pihak lain.
Sehubungan itu, beliau minta semua pihak berfikir secara rasional dan tidak terpengaruh dengan agenda jahat memburukkan UMNO/BN.
“Imbas semula apa yang berlaku sebelum PRU-14 dan selepas itu. Ingat kembali janji-janji PH semasa mereka berkempen dan hal-hal yang terkandung dalam manifesto mereka.
“Kemudian bandingkan dengan apa yang berlaku selepas rakyat memberi mandat kepada mereka, bagaimana pentadbiran mereka semasa menerajui Negeri Johor, malah sewaktu mengurus kerajaan Persekutuan.
“Itu belum lagi pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada UMNO/BN. UMNO/BN dituduh dengan pelbagai perkara negatif, berita-berita tidak benar, macam-macam cercaan dilontarkan sehinggakan akhirnya pengundi terpedaya.”
Dalam hal ini beliau meminta rakyat melihat saja bagaimana selepas PRU 2018 apabila keadaan negara terumbang-ambing, ekonomi jatuh merudum dan pelabur ramai yang lari.
“Kesannya bukan sedikit dan bukan juga sekejap kerana sehingga kini pun kita masih terasa.
“Pilihlah pemimpin yang tepat. Jangan lupa onar yang dibuat untuk agama, bangsa dan negara kita,” katanya lagi.
Terdahulu dilaporkan, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Sabtu lalu telah berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor untuk memberi laluan kepada PRN Johor. – UMNO Online