Selamat Maju Jaya Anak-anak SPM Putrajaya
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya dan kepimpinannya yang diketuai oleh, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara yang akan mula menduduki peperiksaan.
Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya turut mendoakan agar anak-anak Putrajaya diberikan jiwa tenang, sabar, bersemangat dan yakin di dalam menempuh ujian ini.
Terdahulu, beliau telah melaksanakan ‘Program Kami Boleh SPM 2021’ dengan digerakkan oleh Biro Pendidikan Putrajaya yang dipengerusikan Datuk Ahmad Faisal Abd Karim.
Sehubungan itu, Ahmad Faisal mewakili keluarga para pelajar yang terlibat dalam ‘Program Kami Boleh SPM 2021’ merakamkan ucapan terima kasih dengan kesungguhan ‘ketua kampung’ yang cakna dengan masa hadapan anak-anak Putrajaya.
“Program ini menjadi platform kepada anak-anak Putrajaya yang memerlukan bimbingan untuk menghadapi SPM 2021,” katanya.
Terdahulu, ‘Program Kami Boleh SPM 2021’ ini berlangsung dua kali setiap minggu hingga ke penghujung Feb ini dengan penglibatan pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti oleh pihak sekolah.
Mereka ini akan dibantu agar dapat menjawab dengan baik dalam subjek wajib lulus iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah lantas meraih kejayaan dalam peperiksaan SPM.
Semoga dengan apa yang diusahakan, anak-anak Putrajaya akan cemerlang dalam SPM. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.