Sumbangan Katil Untuk Pesakit Terlantar Uzur, Terima Kasih Tengku Adnan
PUTRAJAYA – Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Putrajaya menerima maklumat melalui jaringan informasi bahawa terdapat seorang individu yang memohon bantuan untuk kelengkapan katil yang sesuai bagi kegunaan bapanya yang uzur terlantar.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyantuni pemohon dengan menzahirkan permintaannya.
“Assalamualikum Datuk Seri Tengku. Kami sekeluarga ucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan katil perubatan untuk ayah saya yang terlantar. Semoga Allah SWT merahmati keluarga Datuk Seri.
“Mohon juga sampaikan salam buat Rasulullah SAW, mohon keampunan dan dipermudahkan urusan kami sekeluarga. Terima Kasih,” katanya dalam kiriman ucapan penghargaan kepada ‘ketua kampung’ yang sentiasa cakna dengan keperluan rakyat.
Sama-sama kita berdoa agar sentiasa diberikan kesejahteraan dan diringankan kesulitan pada mereka yang ditimpa ujian. – UMNOPutrajaya