Selamat Hari Polis, Jasa Tak Ternilai, Budi Tak Terhitung
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merakamkan ucapan menyambut Hari Polis ke-215 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk veteran dan pesara polis khususnya di Putrajaya.
Katanya, jasa anggota PDRM dalam memikul amanah dan tanggungjawab demi memastikan kesejahteraan komuniti Putrajaya dan rakyat keseluruhannya amat tinggi dan tidak ternilai.
Beliau menyanjung tinggi tugas anggota terbabit yang tanpa jemu sentiasa mengutamakan keselamatan awam tanpa mengira tenaga, masa dan situasi.
“Selamat menyambut Hari Polis ke-215 kepada seluruh warga PDRM, veteran dan pesara polis. Jasa tak ternilai, budi tak terhitung dalam memikul amanah dan tanggungjawab demi memastikan kesejahteraan dan rakyat,” katanya yang dipetik menerusi laman facebooknya, hari ini.
Terdahulu dalam sambutan Hari Polis peringkat Putrajaya, Tengku Adnan telah diwakili Puan Husna Abdul Rahaman selaku Ketua Wanita UMNO bahagian terbabit merangkap Pengerusi Biro Kebajikan Putrajaya menyampaikan ucapan dan menzahirkan penghargaan kepada PDRM Putrajaya. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.